Saturday, January 22, 2011

Sebuah Permulaan

Esok genaplah usianya sepuluh minggu. Kalau nak kira, masih ada 30 minggu nan indah untuk dilalui berrsama-sama sehinggalah kehadirannya. Kehadiran yang ditunggu-tunggu, cahaya yang dinanti-nantikan, penyeri dalam sebuah kehidupan, penghilang segala kekusutan dan penat lelah dan titik noktah kepada satu penantian. Tidak banyak perubahan yang besar berlaku semenjak kehadirannya. Semuanya berjalan seperti biasa, cumanya pergerakan kami agak terbatas. Demi kebaikan semua, kami rela berkorban. Kuala Lumpur, destinasi yang sentiasa menjadi keutamaan kami, sayonara buat seketika. Namun suasana hiruk pikuk masih segar dalam ingatan, udara yang tak sesegar di kawasan pedalaman (kira tempat menetap sekarang ni pedalaman ke?), deruan kenderaan digantikan dengan kicauan burung dan unggas. Tetapi, ada sejenis burung yang mengeluarkan bunyi yang terdapat di Pandan Indah ada di sini. Itupun baru-baru ini kami perasan akan kewujudannya. Bunyi itu sentiasa mengingatkan kami suasana permulaan kami membina hidup bersama. Kenangan yang tidak akan luput dari ingatan.
Minggu Kesepuluh, selamat tinggal embrio dan selamat datang fetus atau biasanya kita panggil 'si kecil'. Baru-baru ini, Qaiasara dengan penuh teruja kata "mama nak ada adik baby". Memang kelakar bunyinya bagi orang dewasa seperti kita. Tetapi kanak-kanak yang berumur 4 tahun pun dah faham. Kini dia sudah mempunyai tangan dan tumit dan tulang belulangnya semakin bertambah kuat dan kukuh. Minggu ini adalah permulaan kepada terbentuknya sepasang telinga dan kelopak mata. walaupun giginya mengambil masa antara enam hingga sepuluh bulan selepas kelahirannya, kini bahagian tersebut mula terbentuk. Pada ketika ini dan seterusnya proses tumbesaran fetus berlaku dengan sangat pantas. Walaupun kadangkala rasa tidak sabar untuk melihatnya ke dunia ini, hakikatnya masih ada 30 minggu lagi perlu dilalui. Doa-doa sentiasa membasahi bibir semoga apa yang kami semua hajatkan akan menjadi kenyataan. -NHK-

4 comments:

  1. Jelas terpancar kegembiraan, kebahagiaan dan kesyukuran yang ada dalam diri. Sebagai sabahat,akan ku doakan agar kedua2nya sentiasa sihat dan dilindungi Allah sepanjang masa. Amin...

    ReplyDelete
  2. So touching....cham memang pandai menulis....menusuk.

    buat korang berdua...sabar ye...tak lama pun 30 weeks tu...InsyaAllah semuanya selamat.

    ReplyDelete
  3. aida: tqvm
    akak:tqvm:)puji lebih2 x tdo plak laki ku nanti :)

    ReplyDelete
  4. Umi su pun tak sabar menanti kehadiran geng baru ni..

    ReplyDelete